Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana DIA lah
pemilik segala yang engkau ‛miliki'.. Segalanya hanya pinjaman untuk
menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina
Aisyah, putrinya Syaidina Abu Bakr.. Walau fitnah mencalar maruah, Dia
tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq
durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung Tawakkalnya. Pada Allah
sw.t dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah
duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil..
sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak. Maka
bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah kerana engkau insan terpilih.
No comments:
Post a Comment