Seorang pesakit kanser pankreas yang meninggal pada tahun
2008 telah menulis sebuah buku yang bertajuk “The Last Lecture” di mana buku ni
adalah antara bestsellers pada tahun 2007.
Salah satu legasi yang hebat yang ditinggalkan. Dalam surat
beliau kepada isteri nya Jai dan anak-anaknya Dylan, Logan dan Chloe, beliau
telah menulis ‘Guide to A Better Life’ untuk menjadi panduan kepada mereka. Diubahsuai
dari bahasa inggeris dan dikongsikan melalui forwarded email. Bagaimana Untuk
Memperbaiki Kehidupan Kita
Personaliti
1. Jangan
membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup
mereka yang sebenarnya.
2. Jangan ada
perasaan negatif pada perkara-perkara
yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda
hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang
anda perlukan
8. Lupakan kisah
yang lama. Jangan ingatkan pasangan
anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan
anda sekarang
9. Hidup terlalu
pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan
hari ini
11. Tiada siapa yang
dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan
anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum
dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang
anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14. Anda tidak perlu
menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju
Komuniti
15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang
lain
17. Maafkan semua
orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia
70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap
hari
20. Apa yang orang
lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda
sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa
berhubung dengan mereka
Kehidupan
22. Letakkan Allah
dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23. Allah akan
mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk
atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun,
siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28. Hapuskan perkara-perkara
yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29. Bila anda
terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30. Kalau anda dekat
dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah
Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas,
kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang
anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama,
orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama
anda.
Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga
orang-orang di sekeliling anda.